Tips memilih gaun pengantin

Diposting oleh mabok euyyy on Mar 3, 2009


# Mempelai yang memilih tema luaran sebaiknya memilih Gaun Pengantin yang ringkas dengan perincian yang tidak terlalu banyak. Bagi tidak menimbulkan banyak masalah hindari gaun leret terlalu panjang atau gaun yang terlalu banyak variasi. Paling penting pengantin boleh bebas melangkah.

# Selain memilih lokasi sesuai bagi meraikan perkahwinan, mempelai juga perlu pertimbangkan tema iaitu sama ada akan memakai tema penampilan Asia, Barat atau pun adat tradisional.

# Pengantin perempuan perlu memilih memakai gaun pengantin / Baju Pesta yang sesuai dengan karakter peribadinya supaya memberikan lebih keselesaan dan akan meningkatkan kepercayaan diri di depan tetamu dan tentunya aura kecantikannya lebih memancar.

Justeru, penting bagi anda untuk mengungkapkan karakter semula jadi anda kepada pereka misalnya, apakah anda seorang tomboi, feminin, atau sebagainya.

# Penting juga sesuaikan pilihan gaun pada Koleksi Busana yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Hanya dengan cara itu pereka akan menentukan bentuk potongan Baju Pengantin atau Baju Pesta apa yang akan membuat anda tampak anggun ketika berjalan.

# Apa yang terlihat sempurna di tubuh model belum tentu sesuai digayakan anda. Oleh itu jangan ‘paksa diri’, sebaliknya pilih busana yang boleh menonjolkan kelebihan anda dan menutupi kekurangan bentuk tubuh.


Panduan mencari Gaun Pengantin impian anda:


# Buat sedikit penyelidikan.

# Dapatkan idea elemen rekaan yang anda inginkan sebelum pergi ke butik pengantin. Majalah pengantin dan internet boleh dijadikan sumber sebagai permulaan mencari idea.

Utamakan potongan.

# Usia, bentuk tubuh dan personaliti anda adalah perkara yang perlu difikirkan bagi mendapatkan potongan Gaun Pesta yang secocok.

Bina hubungan baik dengan pereka.

# Pereka anda perlu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Jika pereka tidak mendengar pendapat anda atau mempunyai pandangan terlalu sempit, anda dan pereka mungkin tidak boleh bekerjasama. Lebih baik cari pereka yang lain.

Sediakan bajet yang realistik.

# Jadikan bajet sebagai petunjuk utama untuk mencari Gaun Pesta yang sesuai. Tiada guna anda dan pereka berbincang jika anda tidak mampu untuk membayar harga atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Buat perbandingan.

# Luangkan masa untuk membuat perbandingan dan cuba beberapa jenis gaun / Baju Pengantin dengan pelbagai gaya potongan. Jangan hanya membayangkan bagaimana penampilan anda, tanpa menyarung dan mencuba gaun itu.

Percaya pada perasaan sendiri.

# Apabila sudah membuat keputusan muktamad terhadap gaun / Koleksi Busana yang diinginkan, jangan lagi ada perasaan berbelah bagi. Elakkan juga mencari atau bertemu dengan pereka yang lain. Jika tidak, anda mungkin berterusan mengubah fikiran.

Temukan informasi mengenai
Gaun Pengantin, Gaun Pesta, Koleksi Busana, Baju Pengantin, Baju Pesta dan Gaun Pengantin & Pesta : Koleksi Busana - Baju Pengantin & Pesta pada 88db.com.

http://duniaperkahwinan.com/tips-memilih-gaun-pengantin/

{ 0 komentar ... read them below or add one }